Saturday, February 28, 2009

Kejohanan Olahraga 2009

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua AJK Pelaksana dan warga SMKBS kerana menjayakan Majlis Kejohanan Olahraga SMKBS 2009 di Stadium MPSJ Subang Jaya.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh wakil En. Shamsul Azha Bin Md. Yusuf, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah PPD Petaling Perdana iaitu En. Ghazid.

Majlis ini telah dimulakan dengan acara perbarisan masuk oleh pasukan unit beruniform dan diikuti dengan rumah sukan biru, kuning, merah dan hijau.



bacaan doa dan ikrar


maskot rumah sukan yang mencuri tumpuan ramai

acara padang dimulakan dengan acara pendidikan khas


diikuti dengan acara 100m dan di sudahi dengan
acara 4 x 100 m


4 persembahan telah dipersembahkan dan ia dimulakan dengan persembahan wushu


persembahan tae kwan do

persembahan silambam

persembahan seni silat




acara perbarisan unit beruniform telah dimenangi oleh: -
johan :KRS
naib johan : pengakap
ketiga : polis

manakala tempat pertama perbarisan rumah sukan telah digondol oleh Rumah Merah


naib johan perbarisan rumah sukan telah dimenangi oleh Rumah Kuning


Olahragawati SMKBS 2009 : Nur Eliya Bt Yazid (Rumah Biru)
Olahragawan SMKBS 2009 : Mohd Syawal (Rumah Biru)

Berikut adalah pungutan mata dan kedudukan rumah sukan bagi tahun 2009:

  1. Rumah Merah - 2175
  2. Rumah Biru - 2056
  3. Rumah Hijau - 1656
  4. Rumah Kuning - 1605
"Majulah Sukan untuk SMKBS"


video persembahan seni silat :




videoAlign Center


video

Friday, November 7, 2008

MEDICAL CAMP

Tarikh : 9 November 2008

Masa : 9 pagi - 3 petang

Tempat : SMK Bandar Sunway


AJK Pibg Pendidikan Khas SMK Bandar Sunway & Kumpulan Sunway menganjurkan Pemeriksaan kesihatan PERCUMA dengan kerjasama

  1. Sunway Medical Centre
  2. SMK Bandar Sunway
  3. GOLD ( Generating Opportunities for Learning Disables)
  4. PFIZER

Perkhidmatan yang diberikan:

SUNWAY MEDICAL CENTRE :

  • Tekanan Darah Tinggi
  • Index Jisim Badan
  • Pemeriksaan Pendengaran
  • Perkhidmatan Dietatik
  • Kaunseling Dengan Doktor
PFIZER 'CARE-A-VAN; :

  • Ujian Darah - kolesterol
  • Ujian Darah - kencing manis
  • Demonstrasi Pemeriksaan Payu Dara
  • Rawatan Cacing bagi kanak-kanak
  • Pemeriksaan Tekana Mata
* HADIAH PERCUMA UNTUK 100 PENGUNJUNG YANG PERTAMA....!! SEMUA DI JEMPUT HADIR..

Tuesday, November 4, 2008

Majlis Graduasi dan Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1

Untuk makluman semua, esok iaitu 5 November 2008 terdapat 2 majlis akan diadakan di SMKBS iaitu Majlis Graduasi untuk pelajar Tingkatan 5 dan Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1.

Majlis Graduasi

Tempat : Dewan Budiman
Masa : 8 - 11 Pagi

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1

Tempat : Kantin SMKBS
Masa : 9 - 12.30 Tengahari

Monday, November 3, 2008

Hi-Tea SMKBS 2008


Ahad lalu iaitu bersamaan 2 November 2008, guru-guru dan staf SMKBS telah mengadakan jamuan akhir tahun di Hotel Sheraton, Subang Jaya dengan bertemakan warna merah.

Pendaftaran dan pembahagian door gift serta pertukaran hadiah di meja pendaftaran.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan seterusnya bacaan doa.


Acara kemuncak iaitu makan.

Antara guru- guru yang hadir

rancak berbual dan bergambar

Begitu meriah sekali dengan warna merah

Pemenang bagi King n Queen of the evening..hehe

Acara yang ditunggu-tunggukan iaitu acara cabutan bertuah.
Pn Syazrah telah memenangi hadiah utama iaitu sebuah telefon bimbit nokia. Manakala Pn Lee Kim Hong telah memenangi cabutan bertuah di tempat kedua.


Apa-pun saya wakil bagi pihak ajk kelab staf,ingin mengucapkan semoga semua guru dapat bekerjasama dengan lebih baik lagi pada masa akan datang. Dengan adanya majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.Sekiranya terdapat kekurangan dalam majlis ini,harap dapat dimaafkan.Hepi2 slalu dan selamat bercuti.

Friday, October 10, 2008

PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)






kepada semua murid Tingkatan Tiga yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada minggu hadapan iaitu dari 13 Oktober 2008 - 17 Oktober 2008

Murid yang akan hadir ke sekolah sepanjang minggu PMR ialah :

SESI PAGI

  • 5A1 - 5A5 ( akan belajar di kelas 4A5 -4A9)
  • 4A1 - 4A5 ( akan belajar di kelas 3A1 - 3A5)

SESI PETANG

Jadual persekolahan murid sesi petang sepanjang minggu PMR

  • Murid lain dikecualikan hadir ke sekolah sepanjang minggu peperiksaan PMR.
  • SEMUA MURID dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa pada 20 Oktober 2008 untuk menduduki peperiksaan Akhir Tahun 2008.
  • DIharap para ibu bapa / penjaga dapat memastikan anak / jagaan tuan puan membuat ulangkaji pelajaran mereka sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun sepanjang minggu PMR tersebut.
  • Semoga anak-anak tuan puan mendapat keputusan cemerlang bagi peperiksaan Akhir Tahun ini.

Sunday, September 28, 2008





SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA


andai ada...
terkasar bahasa...
tersilap bicara...
tersinggung rasa...
ampun maaf jua dipinta...
kita sekadar manusia biasa...
tak lepas dari salah dan dosa...

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Wednesday, September 24, 2008

Ihya' Ramadhan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..Jumaat lepas 19 September 2008 satu majlis khatam Al-Quran, Sembahyang Hajat, Bacaan Yaasin, Berbuka Puasa dan Sembahyang Terawikh dapat dijalankan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Program ini dijalankan adalah sempena para pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang hendak mengambil peperiksaan yang penting pada tahun ini iaitu peperiksaan PMR dan SPM. Disamping itu juga, bulan ini adalah bulan puasa bagi semua ummat Islam.

Saya bagi pihak sekolah, ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa dan AJK PIBG SMK Bandar Sunway yang dapat hadir pada hari tersebut untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.




















Tuesday, September 23, 2008

Kelas Bimbingan Murid-Murid PMR 2008

Untuk pengetahuan ibu bapa, satu kelas bimbingan bagi Tingkatan 3 sedang dijalankan oleh pihak sekolah iaitu dari pukul 12.30 - 1.30 petang.

Diharapkan para ibu bapa dapat memastikan anak-anak tuan / puan menghadiri kelas tersebut dan tiada sebarang masalah pengangkutan selepas kelas tersebut.

Kerjasama tuan/ puan bagi menjayakan program ini amatlah dihargai oleh pihak sekolah.


Jadual waktu adalah seperti di bawah :