Friday, November 7, 2008

MEDICAL CAMP

Tarikh : 9 November 2008

Masa : 9 pagi - 3 petang

Tempat : SMK Bandar Sunway


AJK Pibg Pendidikan Khas SMK Bandar Sunway & Kumpulan Sunway menganjurkan Pemeriksaan kesihatan PERCUMA dengan kerjasama

  1. Sunway Medical Centre
  2. SMK Bandar Sunway
  3. GOLD ( Generating Opportunities for Learning Disables)
  4. PFIZER

Perkhidmatan yang diberikan:

SUNWAY MEDICAL CENTRE :

  • Tekanan Darah Tinggi
  • Index Jisim Badan
  • Pemeriksaan Pendengaran
  • Perkhidmatan Dietatik
  • Kaunseling Dengan Doktor
PFIZER 'CARE-A-VAN; :

  • Ujian Darah - kolesterol
  • Ujian Darah - kencing manis
  • Demonstrasi Pemeriksaan Payu Dara
  • Rawatan Cacing bagi kanak-kanak
  • Pemeriksaan Tekana Mata
* HADIAH PERCUMA UNTUK 100 PENGUNJUNG YANG PERTAMA....!! SEMUA DI JEMPUT HADIR..

Tuesday, November 4, 2008

Majlis Graduasi dan Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1

Untuk makluman semua, esok iaitu 5 November 2008 terdapat 2 majlis akan diadakan di SMKBS iaitu Majlis Graduasi untuk pelajar Tingkatan 5 dan Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1.

Majlis Graduasi

Tempat : Dewan Budiman
Masa : 8 - 11 Pagi

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1

Tempat : Kantin SMKBS
Masa : 9 - 12.30 Tengahari

Monday, November 3, 2008

Hi-Tea SMKBS 2008


Ahad lalu iaitu bersamaan 2 November 2008, guru-guru dan staf SMKBS telah mengadakan jamuan akhir tahun di Hotel Sheraton, Subang Jaya dengan bertemakan warna merah.

Pendaftaran dan pembahagian door gift serta pertukaran hadiah di meja pendaftaran.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan seterusnya bacaan doa.


Acara kemuncak iaitu makan.

Antara guru- guru yang hadir

rancak berbual dan bergambar

Begitu meriah sekali dengan warna merah

Pemenang bagi King n Queen of the evening..hehe

Acara yang ditunggu-tunggukan iaitu acara cabutan bertuah.
Pn Syazrah telah memenangi hadiah utama iaitu sebuah telefon bimbit nokia. Manakala Pn Lee Kim Hong telah memenangi cabutan bertuah di tempat kedua.


Apa-pun saya wakil bagi pihak ajk kelab staf,ingin mengucapkan semoga semua guru dapat bekerjasama dengan lebih baik lagi pada masa akan datang. Dengan adanya majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.Sekiranya terdapat kekurangan dalam majlis ini,harap dapat dimaafkan.Hepi2 slalu dan selamat bercuti.

Friday, October 10, 2008

PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)






kepada semua murid Tingkatan Tiga yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada minggu hadapan iaitu dari 13 Oktober 2008 - 17 Oktober 2008

Murid yang akan hadir ke sekolah sepanjang minggu PMR ialah :

SESI PAGI

  • 5A1 - 5A5 ( akan belajar di kelas 4A5 -4A9)
  • 4A1 - 4A5 ( akan belajar di kelas 3A1 - 3A5)

SESI PETANG

Jadual persekolahan murid sesi petang sepanjang minggu PMR

  • Murid lain dikecualikan hadir ke sekolah sepanjang minggu peperiksaan PMR.
  • SEMUA MURID dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa pada 20 Oktober 2008 untuk menduduki peperiksaan Akhir Tahun 2008.
  • DIharap para ibu bapa / penjaga dapat memastikan anak / jagaan tuan puan membuat ulangkaji pelajaran mereka sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun sepanjang minggu PMR tersebut.
  • Semoga anak-anak tuan puan mendapat keputusan cemerlang bagi peperiksaan Akhir Tahun ini.

Sunday, September 28, 2008





SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA


andai ada...
terkasar bahasa...
tersilap bicara...
tersinggung rasa...
ampun maaf jua dipinta...
kita sekadar manusia biasa...
tak lepas dari salah dan dosa...

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Wednesday, September 24, 2008

Ihya' Ramadhan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..Jumaat lepas 19 September 2008 satu majlis khatam Al-Quran, Sembahyang Hajat, Bacaan Yaasin, Berbuka Puasa dan Sembahyang Terawikh dapat dijalankan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Program ini dijalankan adalah sempena para pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang hendak mengambil peperiksaan yang penting pada tahun ini iaitu peperiksaan PMR dan SPM. Disamping itu juga, bulan ini adalah bulan puasa bagi semua ummat Islam.

Saya bagi pihak sekolah, ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa dan AJK PIBG SMK Bandar Sunway yang dapat hadir pada hari tersebut untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.




















Tuesday, September 23, 2008

Kelas Bimbingan Murid-Murid PMR 2008

Untuk pengetahuan ibu bapa, satu kelas bimbingan bagi Tingkatan 3 sedang dijalankan oleh pihak sekolah iaitu dari pukul 12.30 - 1.30 petang.

Diharapkan para ibu bapa dapat memastikan anak-anak tuan / puan menghadiri kelas tersebut dan tiada sebarang masalah pengangkutan selepas kelas tersebut.

Kerjasama tuan/ puan bagi menjayakan program ini amatlah dihargai oleh pihak sekolah.


Jadual waktu adalah seperti di bawah :


Saturday, September 20, 2008

Program Sekolah

Untuk makluman semua, ada beberapa program penting yang akan dijalankan oleh Sekolah dan PIBG hingga hujung tahun ini.

1. Malam Amal Graduasi

Hari Graduasi untuk pelajar Tingkatan 5 akan diadakan di Dewan Budiman SMKBS pada 31 Oktober 2008. Ini adalah merupakan hari-hari terakhir sesi persekolahan sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM.

2. Medical Camp

Program yang dikendalikan oleh Biro Pendidikan Khas PIBG ini merupakan kem perubatan di mana pengunjung boleh membuat pemeriksaan perubatan oleh pegawai perubatan. Program ini akan diadakan di Dewan Budiman SMKBS dengan sokongan pihak Kumpulan Sunway. Maklumat lanjut akan diedar melalui brosur dan 'banner' di beberapa lokasi di sekitar Bandar Sunway dan kawasan yang terlibat.

Sunday, September 14, 2008

Mohd Taufit

Susulan tindakan menghubungi ADUN Seri Setia untuk bantuan bagi Mohd Taufit yang terlantar di PPUM, YB Nik Nazmi telah berkunjung melawat pelajar berkenaan serta menghulurkan sumbangan peribadi. Beliau juga telah memuatkan kisah ini di Blog beliau dan meminta dermawan membantu. Sila kunung http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=901.

Terima kasih diucapkan kepada YB. Kita harap pihak yang sudi terus memberi sumbangan kepada Mohd Taufit dan keluarga beliau terutama di saat menghadapi Hari Raya Aidilfitri nanti. Kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu baik dari segi sokongan moral, masa dan kewangan. Semoga beliau akan segera sembuh.

Tuesday, August 12, 2008

Bantuan Kecemasan

PIBG sedang berusaha membantu keluarga pelajar Mohd Taufit Adam Malik dari tingkatan 5A3 yang terlantar koma di unit rawatan rapi (ICU) PP UM akibat jangkitan kuman. Perbelanjaan ubatan kritikalperlu diberi secara harian pada kos RM 900 sehari untuk tempoh 7 hingga 10 hari. Sebarang sumbangan ikhlas boleh diberi melalui PIBG atau pihak sekolah atau terus kepada ibu bapa pelajar.

Sumbangan ikhlas amat dihargai dan diucap setinggi terima kasih.

Sunday, August 3, 2008

Terima Kasih

Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SMKBS dan ibu bapa serta penjaga yang telah menjayakan Gotong Royong Perdana 2008 pada hari Sabtu 2 Ogos 2008 yang lalu. Sambutan oleh pihak ibu bapa dan penjaga sungguh memberangsangkan dan memberi petanda sokongan yang padu kepada SMKBS dan PIBG. Semua ini adalah di atas usaha bersungguh semua pihak yang mahukan kejayaan yang terbaik juga untuk anak-anak kita.

Semoga hubungan erat antara semua pihak ini dapat diterus dan dipertingkatkan lagi di dalam aktiviti masa hadapan.

Syabas dan Tahniah Semua!

Saturday, July 26, 2008

PERKEMBANGAN STAF ICT 2008

"Minda Berteraskan Multimedia" - itulah motto bagi perkembangan staf kali pertama yang dianjurkan oleh Unit ICT SMK Bandar Sunway bagi tahun 2008.

Pada 19 dan 26 Julai 2008, perkembangan staf ict telah diadakan di makmal komputer SMK Bandar Sunway. Kursus selama 6 jam yang bermula dari 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari ini dikendalikan oleh penceramah jemputan dari EDUBOX Training.

En Goh Wei Ming selaku penceramah dari EDUBOX Training dibantu oleh 4 orang pembantunya telah mengendalikan kursus ini bagi kedua-dua hari perkembangan staf ict di SMK Bandar Sunway.

Intipati kursus ini ialah animasi dan grafik. Pada hari tersebut, para guru SMK Bandar Sunway mempelajari cara-cara menghasilkan satu animasi kad raya elektronik ataupun e-card dengan menggunakan perisian SwishMax serta pengeditan gambar dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop 7.0.

Terima Kasih diucapkan kepada EDUBOX Training diatas kesudian untuk menyampaikan ceramah untuk Perkembangan Staf ICT 08 dan pemberian CD Animasi Flash secara percuma kepada semua guru SMK Bandar Sunway yang hadir pada kedua-dua hari tersebut.

Saya berharap semua guru SMK Bandar Sunway dapat menggunakan CD Animasi Flash ini untuk p&p dan persembahan multimedia bagi aktiviti-aktiviti sekolah yang akan datang. Semoga guru-guru SMKBS lebih celik IT dan maju seiring peredaran zaman.



Pendaftaran


Penerangan daripada En Goh Wei Ming












Penyerahan cenderamata kepada En Goh Wei Ming


Tuesday, July 22, 2008

Gotong Royong 2008

Pihak sekolah telah menetapkan satu Gotong Royong Perdana 2008 diadakan untuk membersih dan menceriakan persekitaran sekolah pada 2 Ogos 2008 nanti. Ianya melibatkan pelajar-pelajar terpilih dan guru-guru kelas. Adalah diharapkan agar penyertaan ibu bapa dapat ditingkatkan berbanding tahun lepas. Kepada AJK Ibu Bapa diharapkan dapat menjemput seberapa ramai ibu bapa / penjaga pelajar yang mungkin.

Berdasarkan cadangan semasa mesyuarat AJK PIBG yang lalu, satu persetujuan dicapai untuk menyediakan T-shirt khas kepada ibu bapa / penjaga yang hadir, terhad kepada jumlah tertentu. Siapa yang dapat hadir awal semasa stok masih ada akan menerima T-Shirt tersebut.

Semoga semangat kerjasama antara semua pihak dapat diterjemahkan dalam bentuk kehadiran dan hasil gotong royong nanti.

Membaikpulih Dewan

PIBG telah menghantar sepucuk surat ke PPD sebagai susulan kepada permohonan pentadbir sekolah untuk mendapatkan bantuan membaikpulih kemudahan di Dewan Budiman. Ini memandangkan Dewan tersebut sentiasa digunakan oleh sekolah dan juga pihak lain untuk aktiviti berkaitan sekolah termasuk yang dianjurkan oleh PPD. Walaupun perkara ini telah dibangkitkan kepada PPD tetapi tindak balas amat perlahan. Justeru mesyuarat terbaru AJK PIBG telah bersetuju supaya surat susulan dihantar ke PPD.

Ini telahpun dilaksanakan.

Monday, July 21, 2008

KELAS TAMBAHAN BAGI MURID-MURID PMR DAN SPM 2008

  • Pihak SMK Bandar Sunway akan mengadakan kelas tambahan bagi murid-murid tingkatan 3 dan 5 bagi menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi.



Hari : Setiap ISNIN dan SELASA bagi murid-murid tingkatan 3
Masa : 1.10 - 2.30 petang



Hari : Setiap RABU dan KHAMIS bagi murid-murid tingkatan 5
Masa : 1.10 - 2.30 petang

  • Pihak sekolah berharap ibubapa / penjaga dapat memastikan anak-anak tuan /puan dapat menghadiri kelas-kelas tersebut serta memastikan keselamatan anak-anak tuan /puan selepas kelas tambahan tersebut.

Sunday, July 13, 2008

Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Petaling 2008






Pada 5 Julai yang lalu, satu Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Petaling 2008 telah diadakan di SMK Bandar Sunway. Tema pada tahun ini ialah " Sains dan Teknologi Peneraju Wawasan Negara".

Vip yang datang bagi merasmikan hari karnival tersebut ialah Encik Irwan Tan Bin Abdullah, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Petaling.

Antara aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan ialah :

  1. Sketsa Kerjaya
  2. Mewarna poster kategori sekolah rendah dan menengah
  3. Pameran kerjaya dan sebagainya
Pertandingan mewarnakan poster kerjaya kategori sekolah rendah


Pertandingan mewarnakan poster kerjaya kategori sekolah menengah


Sketsa kerjaya


Sketsa kerjaya


Sketsa kerjaya


Sketsa kerjaya



Pameran Kerjaya


Pameran Kerjaya




En Irwan Tan Bin Abdullah


Majlis penyerahan hadiah bagi para pemenang

Jawatan Kuasa Bandar Selamat

Pihak Sekolah dan PIBG telah dijemput menganggotai JK Bandar Selamat di bawah kelolaan Balai Polis bandar Sunway yang diketuai oleh Chief Inspector Fazil. Antara ahli JK yang lain termasuklah wakil persatuan penduduk, rumah ibadat dan Kumpulan Sunway. Antara lain JK ini disasar untuk membantu mewujudkan persekitaran yang selamat terutamanya dari kesan jenayah terhadap penduduk Bandar Sunway. Usaha ini amat baik walaupun pelan tindakan memerlukan kesungguhan.

Di antara masalah yang ditimbuljkan ialah jenayah ragut, pecah rumah dan kecurian. Bagi pihak SMKBS, masalah utama ialah ponteng sekolah oleh pelajar dan pergaduhan. Kebanyakan ibu bapa dan penjaga mengharapkan pihak guru untuk memantau pelajar yang melepak di luar kawasan sekolah dan mengambil tindakan. Sebenarnya, guru-guru tidak mempunyai kuasa di luar kawasan sekolah. Justeru hubungan baik sekolah dan masyarakat setempat dan pasukan polis amatlah bermenafaat. Setiap aduan ke pihak sekolah akan dilanjutkan kepada Balai Polis yang akan menggunakan pasukan peronda mereka untuk cuba mengatasi masalah ini. Namun ini semua juga memerlukan kerjasama ibu bapa dan penjaga memantau pergerakan anak-anak mereka dan mengambil tahu sama ada anak-anakjagaan mereka datang ke sekolah atau pergi ke tempat lain.

Bagi pihak PIBG, segala bantuan akan dihulurkan sebaik mungkin. Malah PIBG telah lama meneyedari keperluan ini melalui pewujudan Rangkaian Sokongan Komunity (Community Support Network) sejak setahun lalu. Semoga dengan ada penglibatan pihak polis, kumpulan ini akan lebih yakin untuk menjalankan kegiatan yang luhur ini.

Hari Terbuka

Secara amnya Hari Terbuka telah selesai diadakan. Walaupun sambutan ibu bapa dan penjaga kurang menggalakkan, beberapa kelemahan atau punca kepada sambutan dingin ini telah dikenalpasti. Pihak pengurusan sekolah telah diminta untuk memperbaiki di masa depan supaya segala tindakan lebih bersepadu dan memberi pulangan yang lebih baik.

Ahli Jawatan Kuasa PIBG juga diminta untuk mempertingkatkan usaha dengan lebih hebat untuk menggalakkan ibu bapa mengambil bahagian aktiviti sekolah. Ini terutama aktiviti yang akan dijalankan di masa depan seperti gotong royong pada 2 Ogos 2008 nanti. Di samping itu satu aktiviti amal bagi mengumpul dana untuk membaik pulih kelengkapan SMKBS juga sedang dirancang untuk diadakan sebelum akhir tahun ini.

Semua usaha ini hanya akan berjaya dengan kerjasama semua. Marilah kita bersama-sama mengembeling tenaga untuk masa depan anak-anak kita.

Monday, July 7, 2008

Hari Terbuka SMKBS 2008

Tarikh : 10 Julai 2008

Hari : Khamis

Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : Sesi Pagi ----> Kelas Masing-masing
Sesi Petang ----> Dewan Budiman




  • Murid-murid sesi pagi hadir seperti waktu persekolahan iaitu 7.25 pagi dan pulang dengan ibu-bapa. Jika ibu bapa tidak hadir, maka murid perlu pulang pada 1.10 petang.
  • Murid-murid sesi petang hadir dan pulang bersama ibu bapa.
  • Ibu-bapa/ penjaga diharap dapat hadir ke sekolah demi kebaikan dan masa depan anak-anak/ jagaan tuan-tuan dan puan-puan.

Takziah

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa salahseorang pelajar Tingkatan 4 yang juga anggota Pengawas telah kehilangan ibunya yang meninggal dunia kerana sakit pada awal pagi Isnin 7/7/08. Jenzah ibu Nor Syafikah selamat dikebumikan. Saya juga dimaklumkan bahawa Pn Pengetua dan beberapa orang guru telah menziarah Nor Syafikah di rumah keluarganya. Sekumpulan rakan-rakan pengawas juga telah berkunjung ke rumah tersebut untuk memberi sokongan kepada Nor Syafikah. Takziah diucapkan kepada Nor Syafikah sekeluarga. Semoga dia akan terus tabah menghadapi dugaan ini dan terus berusaha untuk berjaya di dalam kehidupan.

Al Fatihah....

Sunday, July 6, 2008

Koperasi Sekolah Memupuk Keusahawanan

Hari Koperasi sekolah telah dilancarkan pada 24 Jun 2008 di Dewan Budiman, SMK Bandar Sunway dan Majlis Penutupan telah diadakan pada 28 Jun 2008.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan pada 28 Jun 2008, antaranya ialah:

  • Gerai jualan makanan, minuman, bunga, buah-buahan dan banyak lagi
  • Pertandingan Cheering (pelajar perempuan)
  • Pertandingan Tarian (pelajar lelaki)
  • Pelbagai permainan
  • Tayangan Wayang di Pusat Sumber
  • Cabutan Bertuah
Deretan khemah untuk gerai jualan dari guru-guru, kelab dan persatuan, ibu bapa serta pihak luar


Gerai buah-buahan tempatan


Gerai Ais Kacang


Gerai bunga segar


Gerai Permainan
Cara permainan : kamu dikehendaki menjatuhkan bola pingpong di tempat berwarna



Gerai Pelbagai Kerepek dan Kek


Gerai Pelbagai Permainan



Saturday, July 5, 2008

Hari Koperasi

Pada Hari Selasa 24 Jun 2008 saya telah dijemput merasmikan Pelancaran Hari Koperasi SMKBS 2008. Acara yang mendedahkan pelajar kepada kemahiran Keusahawanan sememangnya baik dan perlu digalakkan. Harapan saya agar guru-guru yang mengendalikan program koperasi ini dapat menurunkan ilmu mereka sebaiknya. Ini kerana dengan ilmu asas koperasi para pelajar dapat menanam di dalam diri mereka minat terhadap keusahawanan yang sememamngny amat berguna di masa depan.

Kemuncak program ini ialah Hari Koperasi di mana meja atau kaunter dijual dengan harga RM 100 kepada yang berminat untuk mempraktikkan kemahiran keusahawanan. Sambutan para pelajar dan guru amat menggalakkan. Kelab dan persatuan berlumba menjual dagangan dari makanan, minuman juga pakaian dan perhiasan. Di samping itu acara cabutan nombor bertuah yang diadakan juga menghiburkan hati. Saya berharap setiap kaunter mendapat pulangan yang baik dan lumayan. Syabas dan Tahniah kepada semua warga SMKBS terutamanya ahli jawatankuasa yang menjayakan program tersebut. Terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan sokongan serta rakan-rakan yang memberi tajaan kepada program itu.

Cadangan saya supaya penglibatan ibu bapa dapat dipertingkatkan lagi di tahun hadapan!

Sunday, May 25, 2008

Program pertama LEAN Club

Jadual aktiviti yang akan diadakan sepanjang program tersebut.


Program pertama yang akan diadakan oleh LEAN Club ialah Life Changing Education through Activity and Nutrition.

Tarikh : 30 dan 31 Mei 2008.
Tempat : Kompleks 3K
Pendaftaran : 8 pagi.



*Tahniah kepada murid-murid yang terpilih.