Sunday, May 25, 2008

Program pertama LEAN Club

Jadual aktiviti yang akan diadakan sepanjang program tersebut.


Program pertama yang akan diadakan oleh LEAN Club ialah Life Changing Education through Activity and Nutrition.

Tarikh : 30 dan 31 Mei 2008.
Tempat : Kompleks 3K
Pendaftaran : 8 pagi.



*Tahniah kepada murid-murid yang terpilih.

Saturday, May 24, 2008

Kelas Tambahan

Selamat bercuti buat semua warga SMKBS!

Dalam keriangan untuk bercuti..para pelajar tingkatan 3 dan 5 perlulah menyiapkan diri dengan membuat ulangkaji di rumah untuk menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi.

Sehubungan itu, pihak sekolah telah menyediakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 bagi memantapkan ilmu mereka.

Jadual kelas tambahan tingkatan 5

Thursday, May 22, 2008

SELAMAT HARI GURU

Hari Guru telah disambut secara resmi pada 16 Mei2008 yang lalu di peringkat nasional. SMKBS bagaimanapun tidak dapat menyambut pada hari tersebut memandangkan ada beberapa aktiviti lain yang sedang dilaksanakan. Justeru satu majlis sambutan di SMKBS akan diadakan pada hari Jumaat 23 Mei 2008. Difahamkan beberapa acara telah diatur oleh pelajar untuk menghargai semua guru-guru SMKBS.

Bagi pihak semua ibu bapa dan penjaga pelajar SMKBS, kita mengucapkan 'SELAMAT HARI GURU' kepada semua guru-guru di SMKBS. Harapan kita agar hari tersebut membawa sinar baru dalam menyemarakkan semgant keguruan di kalangan guru-guru semua di dalam mendidik anak bangsa Malaysia tercinta. Dengan cabaran yang kian sukar, kita mengaharapkan guru-guru lebih tabah dan sabar menangani karenah anak-anak dan juga ibu bapa. Guru-guru akan berusaha lebih tekun untuk memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran ilmu formal dan informal semasa di sekolah. Guru-guru sentiasa ke hadapan untuk dicontohi pelajar dari segi jati diri, nilai hidup yang cemerlang dan usaha yang tidakjemu tanpa menegnal penat dan lelah. Semoga setiap titik peluh guru-guru adalah hasil keikhlasan usaha yang menjadi doa pelajar terhadap gurunya untuk sentiasa terpelihara menjalani hidup seharian.

Kepada pelajar semua, hormatilah guru-guru dan hargai segala ilmu dan tunjuk ajar serta bimbingan supaya semuanya itu menjadi doa yang berkat dari guru-guru.

Kepada ibu bapa, marilah kita terus membantu guru-guru merealisasikan aspirasi anak-anak kita dan harapan kita semua untuk masa depan anak-anak yang gemilang. Anggaplah kehadiran guru-guru di dalam kehidupan anak-anak kita sebagai menampung ruang yang tidak dapat kita tampal dengan menghulur tangan untuk sama-sama menjinjing yang ringan dan mengendong yang berat!

Terima kasih, Syabas dan terus maju jaya untuk guru-guru SMK Bandar Sunway.

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi cikgu dibawa mati

Wednesday, May 21, 2008

Kejohanan Olahraga Tahunan SMKBS

Pada 26 April yang lalu, satu kejohanan Olahraga Sekolah telah diadakan di Stadium MPSJ, Subang Jaya..

SMKBS hebat!!


Dirasmikan oleh YDP PIBG SMKBS iaitu En Abi Sofian Abd Hamid


majlis dimulakan dengan tabik hormat dari unit beruniform..


puteri islam memberi tabik hormat

tabik hormat dari 4 buah rumah sukan iaitu rumah merak, helang, enggang dan kenyalang


En. Abi Sofian, Puan Hapsah dan Pn Lee Kim Hong


En. Abi Sofian melepaskan burung sebagai simbolik perasmian pada tahun ini


Acara padang dimulakan dengan kelas pendidikan khas


acara yang dipertandingkan pada 26 April 2008 ialah 100m, 200m, 400m, 800m dan 4x100m


Olahragawan 2008


Olahragawati 2008

Johan Perbarisan


Naib Johan Perbarisan


Ketiga Perbarisan


Rumah Merak menjadi JOHAN keseluruhan bagi tahun 2008 dengan beza pungutan mata sebanyak 200 dengan rumah helang.



KEPUTUSAN:

1. Rumah MERAK
2. Rumah HELANG
3. Rumah KENYALANG
4. Rumah ENGGANG


*Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru rumah sukan MERAK atas kejayaan mereka. Ini pertama kali rumah Merak menjadi juara dalam 8 tahun sekolah ini ditubuhkan.

** Diharap dengan kejayaan ini dapat menaikkan tahap kecemerlangan sukan bagi SMKBS!


"MAJULAH SUKAN UNTUK SMKBS"


Tuesday, May 20, 2008

Program LEAN Club

Sabtu yang lalu, satu Taklimat tentang Program LEAN Club telah diadakan di Dewan Budiman SMK Bandar Sunway oleh Sunway Medical Centre.

APA ITU 'LEAN CLUB'?

LEAN Club adalah satu program yang dianjurkan oleh Sunway Medical Centre untuk membantu murid yang mempunyai masalah berat badan. Satu pertiga daripada kanak-kanak di negara ini mempunyai masalah ini. Sunway Group melaksanakan program ini untuk membantu penduduk-penduduk di sekitar Bandar Sunway.

Murid yang berumur 16 tahun dan ke bawah dikenal pasti untuk menyertai program ini, Program ini mengambil masa 6 bulan. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan termasuklah kem, senaman mingguan, nasihat peribadi serta aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh pakar-pakar dari Sunway Medical Centre.

Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Sunway Group.

Lebih kurang 40 orang murid SKBS dan SMKBS hadir bersama ibu bapa dan penjaga mereka.

Taklimat ini diberikan oleh Cik Yang Wai Yew mengenai hasil kajian keadaan keadaan kesihatan remaja masa kini di seluruh dunia dan rasional 'LEAN Club' ini ditubuhkan. Beliau juga menunjukkan klip video aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2007.

Selepas taklimat, satu sesi soal jawab diadakan dan sesi temuduga antara murid dan ibu bapa mereka. Murid-murid dan ibu bapa mereka ini ditemuduga oleh 3 wakil dari Sunway Medical Centre untuk mengenal pasti peserta yang layak untuk menyertai program tersebut.

Pada masa yang sama, En. Muhammad Ghazali iaitu seorang ahli terapi sukan memberi taklimat kepada guru-guru PJPK mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah untuk membantu peserta-peserta program mencapai program mereka.

Akhir sekali, satu jamuan ringan disediakan untuk wakil-wakil dari Sunway Medical Centre.

*Perjumpaan susulan akan diadakan dari semasa ke semasa untuk memastikan program berjalan dengan lancar.

Wednesday, May 14, 2008

Removing Dangerous Trees

Thanks to En Rama and his team members, the dangerous trees (leaning and could be uprooted) have been safely removed thus removing any safety risks from the warga SMK BS. Although it took him and his team a few days, the work was eventually completed. Syabas En Rama.



PIBG SMKBS will always help useful initiatives for the benefits of the Warga SMKBS. Please come forward to offer your services and resources.

The School Community

School is one of the most talked about institution in this country. For one reason or another there is always an issue related to schools in the news. It can be disciplinary issues, social problem issues, high achievers, students needing help, teachers punishing students unfairly, best students not getting scholarships they deserve, teachers not getting promotion, teaching language for scienceand maths....It is almost endless will remain so.

Why is such a situation? Of course different people view these differently. However if ever the whole thing could be simplified and turned into a mathematical equation, it is because schools are perceived as the main element of a learning society. In modern days almost everybody goes to school except perhaps those unfortunate enough for health reasons, for example. As such, school as an institution has indeed a very big role to offer to the society. Why then schools are not taken care off properly. School is almost a factory to produce future human capitals in terms of workforce and more importantly excellent future individuals who can them form part of excellent society.

It is therefore imperative for all of us to understand the role and position of schools in our society. With this understanding we then can find ways to preserve the schools so that they can function as intended i.e. human factory. We need to ensure the machines, processes and all systems are in good order whatever it may take. Consequently, maintenance culture is necessary. Obviously resources are needed to enable the objectives are met. This is where all members of the community should come together to support the school in whatever ways. Parents/Guardians of course are the main elements. Community leaders, relevant government agencies, relevant NGOs and corporate citizens should all be part of the School Support Network. In Bandar Sunway, efforts to rally the different groups around SMKBS have started a couple of years ago with the setting up of the Majlis Permuafakatan SMKBS. With the school performance improving as well as achievements through various sports and co-curriculum activities, SMKBS is indeed becoming the most valuable flag barrier for Bandar Sunway. All Bandar Sunway residents should feel proud with this achievement, not only the warga sekolah. With the pride translated into support of resources, SMK Bandar Sunway will move to the higher plain!

Together we make this happen!

Friday, May 9, 2008

Anak Adalah Masa Depan Kita

Sememangnya kenyataan ini diketahui ramai tetapi apakah makna di sebaliknya? Sepintas lalu ia menggambarkan bagaimana anak-anak hari ini akan menjadi penyambung zuriat sesebuah keluarga di masa depan. Justeru jika sesebuah keluarga tidak mempunyai anak, akan adalah usaha untuk mengambil anak angkat walaupun itu mungkin bukan penyelesaian secara total. Jika tidak zuriat keluarga itu akan terhenti.

Bagi orang Islam, zuriat amat penting mengikut susur galur yang sebenar. Salah satu pengajaran di dalam Islam ialah ' Perginya seorang anak Adam dari dunia ini berbekalan jika meninggalkan amal jariah, ilmu yang dimenafaatkan dan anak yang soleh'. Dalam kontek ini, amal jariah adalah hasil usaha sendiri ke arah kebajikan. Begitu juga ilmu yang dimenafaatkan adalah ilmu-ilmu yang baik. Maka boleh disimpulkan guru-guru yang sentiasa berbakti menyebarkan ilmu sudah mempunyai satu bekalan tanpa bersusah payah. Dengan niat yang baik, guru-guru dapat bekalan tanpa perlu pergi ke tempat lain berbanding mereka yang bukan mengajar!

Berbalik kepada anak, pengajaran ini lah yang memungkinkan betapa besarnya makna anak bagi sesebuah keluarga Muslim.

Saya percaya tanggapan ini juga tidak jauh berbeza dari pemahaman rakan-rakan yang mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Anak mempunyai pengertian yang begitu bermakna.

Persoalannnya bagaimana kita sebagai generasi ibu bapa dan guru dapat menyumbang ke arah membentuk anak-anak kita supaya mereka benar-benar menjadi masa depan kita? Sesungguhnya anak-anak kita perlu menjadi yang terbaik di dalam keluarga, sekolah dan masyarakat. Mereka perlu mempunyai nilai-nilai hidup yang mulia. Sebagai warganegara Malaysia, kehidupan mereka juga perlu berlandaskan Rukun Negara. Justeru salah satu cara membentuk anak yang baik ialah dengan mewujudkan semangat Rukun Negara di dalam setiap diri anak-anak dan pelajar. Ianya menggalakkan nilai-nilai hidup berkepercayaan agama, setia kepada Raja dan Negara (menuntut kesediaan mempertahankan Negara dari sebarang ancaman), meluhurkan Perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang serta menjalani hidup sopan. Sememangnya semangat Rukun Negara telah luntur jika pun tidak asing dari kehidupan warga negara Malaysia. Setiap hari kita lihat, dengar dan baca di dalam akhbar berkaitan perkara atau kejadian yang bertentangan dengan nilai dan tatasusila Rukun Negara.

Saya ingin mengajak kita semua menilai semula nilai-nilai Rukun Negara ini di ruangan akan datang dengan harapan ianya dapat membangkitkan semula semnagat menjadikan anak-anak kita sebagai pewaris masa depan Malaysia kita yang cemerlang!

Monday, May 5, 2008

Dana PIBG

The Ministry of Education is now looking at the possibility and way of chanelling fund directly to PIBG instead of making parents to contribute, according to a newspaper report. Yes, funding has been one of the major obstacles for PIBG and school in carrying out activities. Fortunately, there have been many donors and sponsors who came forward to help the school and PIBG. However this is rather uncertainty which would not allow proper and complete planning of programs to match the requirements. Most of the money collected are spent on repair works for the school buildings and infrastructures. The money is never enough.

In 2006 the school managed to organise fund raising activities culminating in Aerobicthon which raised in excess of RM 54,000. It was hard work by all but worth the effort. Last year, most of the works were carried out with fund from the District office allocation through the Member of Parliament.

Early this year several reapir works have been completed with fund from the PPD. This included repair to stage and floors in Dewan Budiman, foot path and perimeter drains and minor painting works. Other works need to be done include painting of worn out facade of the school buildings, reapair to damaged doors and windows and providing additional covered areas for the canteen to shelter students during recess and wet weather. A fund raising activity is being planned. We are hoping that generous donors and sponsors would come forward to help. If you know any generous donors with some money to spend for a worthy cause, let us know. However if any of you have better idea please forward your suggestions or even volunteer yourself to the organising committee.

Let us work together for the benefits of our future generations!

Sunday, May 4, 2008

Cabaran PIBG SMK Bandar Sunway

During the most recent meeting of the AJK PIBG, several issues have been identified that require urgent attention:

1. The decline in the first term exam results in general
2. The lack of support on the extended hour for additional class for form 3 and form 5
3. The lack of attendance on the Co-curriculum days
4. The need to get repair works done to class rooms
5. The poor condition of padang during heavy rains
6. The removal of trees endangering the students
7. The lack of attention to Taman Sains and vacant land at the end of padang
8. The fund rasing drive for repair works
9. The need to take new approach in getting parents more involved in the school activities and students well beings to address disciplinary issues and students fighting outside school.
10. The installation of CCTV system with the help of MPSJ

Any views or suggestions on any of the above will be much appreciated.

Abi Sofian Abdul Hamid
YDP
PIBG SMK Bandar Sunway 2008/2009