Saturday, July 26, 2008

PERKEMBANGAN STAF ICT 2008

"Minda Berteraskan Multimedia" - itulah motto bagi perkembangan staf kali pertama yang dianjurkan oleh Unit ICT SMK Bandar Sunway bagi tahun 2008.

Pada 19 dan 26 Julai 2008, perkembangan staf ict telah diadakan di makmal komputer SMK Bandar Sunway. Kursus selama 6 jam yang bermula dari 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari ini dikendalikan oleh penceramah jemputan dari EDUBOX Training.

En Goh Wei Ming selaku penceramah dari EDUBOX Training dibantu oleh 4 orang pembantunya telah mengendalikan kursus ini bagi kedua-dua hari perkembangan staf ict di SMK Bandar Sunway.

Intipati kursus ini ialah animasi dan grafik. Pada hari tersebut, para guru SMK Bandar Sunway mempelajari cara-cara menghasilkan satu animasi kad raya elektronik ataupun e-card dengan menggunakan perisian SwishMax serta pengeditan gambar dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop 7.0.

Terima Kasih diucapkan kepada EDUBOX Training diatas kesudian untuk menyampaikan ceramah untuk Perkembangan Staf ICT 08 dan pemberian CD Animasi Flash secara percuma kepada semua guru SMK Bandar Sunway yang hadir pada kedua-dua hari tersebut.

Saya berharap semua guru SMK Bandar Sunway dapat menggunakan CD Animasi Flash ini untuk p&p dan persembahan multimedia bagi aktiviti-aktiviti sekolah yang akan datang. Semoga guru-guru SMKBS lebih celik IT dan maju seiring peredaran zaman.



Pendaftaran


Penerangan daripada En Goh Wei Ming












Penyerahan cenderamata kepada En Goh Wei Ming


Tuesday, July 22, 2008

Gotong Royong 2008

Pihak sekolah telah menetapkan satu Gotong Royong Perdana 2008 diadakan untuk membersih dan menceriakan persekitaran sekolah pada 2 Ogos 2008 nanti. Ianya melibatkan pelajar-pelajar terpilih dan guru-guru kelas. Adalah diharapkan agar penyertaan ibu bapa dapat ditingkatkan berbanding tahun lepas. Kepada AJK Ibu Bapa diharapkan dapat menjemput seberapa ramai ibu bapa / penjaga pelajar yang mungkin.

Berdasarkan cadangan semasa mesyuarat AJK PIBG yang lalu, satu persetujuan dicapai untuk menyediakan T-shirt khas kepada ibu bapa / penjaga yang hadir, terhad kepada jumlah tertentu. Siapa yang dapat hadir awal semasa stok masih ada akan menerima T-Shirt tersebut.

Semoga semangat kerjasama antara semua pihak dapat diterjemahkan dalam bentuk kehadiran dan hasil gotong royong nanti.

Membaikpulih Dewan

PIBG telah menghantar sepucuk surat ke PPD sebagai susulan kepada permohonan pentadbir sekolah untuk mendapatkan bantuan membaikpulih kemudahan di Dewan Budiman. Ini memandangkan Dewan tersebut sentiasa digunakan oleh sekolah dan juga pihak lain untuk aktiviti berkaitan sekolah termasuk yang dianjurkan oleh PPD. Walaupun perkara ini telah dibangkitkan kepada PPD tetapi tindak balas amat perlahan. Justeru mesyuarat terbaru AJK PIBG telah bersetuju supaya surat susulan dihantar ke PPD.

Ini telahpun dilaksanakan.

Monday, July 21, 2008

KELAS TAMBAHAN BAGI MURID-MURID PMR DAN SPM 2008

  • Pihak SMK Bandar Sunway akan mengadakan kelas tambahan bagi murid-murid tingkatan 3 dan 5 bagi menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi.



Hari : Setiap ISNIN dan SELASA bagi murid-murid tingkatan 3
Masa : 1.10 - 2.30 petang



Hari : Setiap RABU dan KHAMIS bagi murid-murid tingkatan 5
Masa : 1.10 - 2.30 petang

  • Pihak sekolah berharap ibubapa / penjaga dapat memastikan anak-anak tuan /puan dapat menghadiri kelas-kelas tersebut serta memastikan keselamatan anak-anak tuan /puan selepas kelas tambahan tersebut.

Sunday, July 13, 2008

Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Petaling 2008






Pada 5 Julai yang lalu, satu Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Petaling 2008 telah diadakan di SMK Bandar Sunway. Tema pada tahun ini ialah " Sains dan Teknologi Peneraju Wawasan Negara".

Vip yang datang bagi merasmikan hari karnival tersebut ialah Encik Irwan Tan Bin Abdullah, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Petaling.

Antara aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan ialah :

  1. Sketsa Kerjaya
  2. Mewarna poster kategori sekolah rendah dan menengah
  3. Pameran kerjaya dan sebagainya
Pertandingan mewarnakan poster kerjaya kategori sekolah rendah


Pertandingan mewarnakan poster kerjaya kategori sekolah menengah


Sketsa kerjaya


Sketsa kerjaya


Sketsa kerjaya


Sketsa kerjaya



Pameran Kerjaya


Pameran Kerjaya




En Irwan Tan Bin Abdullah


Majlis penyerahan hadiah bagi para pemenang

Jawatan Kuasa Bandar Selamat

Pihak Sekolah dan PIBG telah dijemput menganggotai JK Bandar Selamat di bawah kelolaan Balai Polis bandar Sunway yang diketuai oleh Chief Inspector Fazil. Antara ahli JK yang lain termasuklah wakil persatuan penduduk, rumah ibadat dan Kumpulan Sunway. Antara lain JK ini disasar untuk membantu mewujudkan persekitaran yang selamat terutamanya dari kesan jenayah terhadap penduduk Bandar Sunway. Usaha ini amat baik walaupun pelan tindakan memerlukan kesungguhan.

Di antara masalah yang ditimbuljkan ialah jenayah ragut, pecah rumah dan kecurian. Bagi pihak SMKBS, masalah utama ialah ponteng sekolah oleh pelajar dan pergaduhan. Kebanyakan ibu bapa dan penjaga mengharapkan pihak guru untuk memantau pelajar yang melepak di luar kawasan sekolah dan mengambil tindakan. Sebenarnya, guru-guru tidak mempunyai kuasa di luar kawasan sekolah. Justeru hubungan baik sekolah dan masyarakat setempat dan pasukan polis amatlah bermenafaat. Setiap aduan ke pihak sekolah akan dilanjutkan kepada Balai Polis yang akan menggunakan pasukan peronda mereka untuk cuba mengatasi masalah ini. Namun ini semua juga memerlukan kerjasama ibu bapa dan penjaga memantau pergerakan anak-anak mereka dan mengambil tahu sama ada anak-anakjagaan mereka datang ke sekolah atau pergi ke tempat lain.

Bagi pihak PIBG, segala bantuan akan dihulurkan sebaik mungkin. Malah PIBG telah lama meneyedari keperluan ini melalui pewujudan Rangkaian Sokongan Komunity (Community Support Network) sejak setahun lalu. Semoga dengan ada penglibatan pihak polis, kumpulan ini akan lebih yakin untuk menjalankan kegiatan yang luhur ini.

Hari Terbuka

Secara amnya Hari Terbuka telah selesai diadakan. Walaupun sambutan ibu bapa dan penjaga kurang menggalakkan, beberapa kelemahan atau punca kepada sambutan dingin ini telah dikenalpasti. Pihak pengurusan sekolah telah diminta untuk memperbaiki di masa depan supaya segala tindakan lebih bersepadu dan memberi pulangan yang lebih baik.

Ahli Jawatan Kuasa PIBG juga diminta untuk mempertingkatkan usaha dengan lebih hebat untuk menggalakkan ibu bapa mengambil bahagian aktiviti sekolah. Ini terutama aktiviti yang akan dijalankan di masa depan seperti gotong royong pada 2 Ogos 2008 nanti. Di samping itu satu aktiviti amal bagi mengumpul dana untuk membaik pulih kelengkapan SMKBS juga sedang dirancang untuk diadakan sebelum akhir tahun ini.

Semua usaha ini hanya akan berjaya dengan kerjasama semua. Marilah kita bersama-sama mengembeling tenaga untuk masa depan anak-anak kita.

Monday, July 7, 2008

Hari Terbuka SMKBS 2008

Tarikh : 10 Julai 2008

Hari : Khamis

Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : Sesi Pagi ----> Kelas Masing-masing
Sesi Petang ----> Dewan Budiman




  • Murid-murid sesi pagi hadir seperti waktu persekolahan iaitu 7.25 pagi dan pulang dengan ibu-bapa. Jika ibu bapa tidak hadir, maka murid perlu pulang pada 1.10 petang.
  • Murid-murid sesi petang hadir dan pulang bersama ibu bapa.
  • Ibu-bapa/ penjaga diharap dapat hadir ke sekolah demi kebaikan dan masa depan anak-anak/ jagaan tuan-tuan dan puan-puan.

Takziah

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa salahseorang pelajar Tingkatan 4 yang juga anggota Pengawas telah kehilangan ibunya yang meninggal dunia kerana sakit pada awal pagi Isnin 7/7/08. Jenzah ibu Nor Syafikah selamat dikebumikan. Saya juga dimaklumkan bahawa Pn Pengetua dan beberapa orang guru telah menziarah Nor Syafikah di rumah keluarganya. Sekumpulan rakan-rakan pengawas juga telah berkunjung ke rumah tersebut untuk memberi sokongan kepada Nor Syafikah. Takziah diucapkan kepada Nor Syafikah sekeluarga. Semoga dia akan terus tabah menghadapi dugaan ini dan terus berusaha untuk berjaya di dalam kehidupan.

Al Fatihah....

Sunday, July 6, 2008

Koperasi Sekolah Memupuk Keusahawanan

Hari Koperasi sekolah telah dilancarkan pada 24 Jun 2008 di Dewan Budiman, SMK Bandar Sunway dan Majlis Penutupan telah diadakan pada 28 Jun 2008.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan pada 28 Jun 2008, antaranya ialah:

  • Gerai jualan makanan, minuman, bunga, buah-buahan dan banyak lagi
  • Pertandingan Cheering (pelajar perempuan)
  • Pertandingan Tarian (pelajar lelaki)
  • Pelbagai permainan
  • Tayangan Wayang di Pusat Sumber
  • Cabutan Bertuah
Deretan khemah untuk gerai jualan dari guru-guru, kelab dan persatuan, ibu bapa serta pihak luar


Gerai buah-buahan tempatan


Gerai Ais Kacang


Gerai bunga segar


Gerai Permainan
Cara permainan : kamu dikehendaki menjatuhkan bola pingpong di tempat berwarna



Gerai Pelbagai Kerepek dan Kek


Gerai Pelbagai Permainan



Saturday, July 5, 2008

Hari Koperasi

Pada Hari Selasa 24 Jun 2008 saya telah dijemput merasmikan Pelancaran Hari Koperasi SMKBS 2008. Acara yang mendedahkan pelajar kepada kemahiran Keusahawanan sememangnya baik dan perlu digalakkan. Harapan saya agar guru-guru yang mengendalikan program koperasi ini dapat menurunkan ilmu mereka sebaiknya. Ini kerana dengan ilmu asas koperasi para pelajar dapat menanam di dalam diri mereka minat terhadap keusahawanan yang sememamngny amat berguna di masa depan.

Kemuncak program ini ialah Hari Koperasi di mana meja atau kaunter dijual dengan harga RM 100 kepada yang berminat untuk mempraktikkan kemahiran keusahawanan. Sambutan para pelajar dan guru amat menggalakkan. Kelab dan persatuan berlumba menjual dagangan dari makanan, minuman juga pakaian dan perhiasan. Di samping itu acara cabutan nombor bertuah yang diadakan juga menghiburkan hati. Saya berharap setiap kaunter mendapat pulangan yang baik dan lumayan. Syabas dan Tahniah kepada semua warga SMKBS terutamanya ahli jawatankuasa yang menjayakan program tersebut. Terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan sokongan serta rakan-rakan yang memberi tajaan kepada program itu.

Cadangan saya supaya penglibatan ibu bapa dapat dipertingkatkan lagi di tahun hadapan!