Sunday, September 28, 2008





SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA


andai ada...
terkasar bahasa...
tersilap bicara...
tersinggung rasa...
ampun maaf jua dipinta...
kita sekadar manusia biasa...
tak lepas dari salah dan dosa...

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Wednesday, September 24, 2008

Ihya' Ramadhan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..Jumaat lepas 19 September 2008 satu majlis khatam Al-Quran, Sembahyang Hajat, Bacaan Yaasin, Berbuka Puasa dan Sembahyang Terawikh dapat dijalankan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Program ini dijalankan adalah sempena para pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang hendak mengambil peperiksaan yang penting pada tahun ini iaitu peperiksaan PMR dan SPM. Disamping itu juga, bulan ini adalah bulan puasa bagi semua ummat Islam.

Saya bagi pihak sekolah, ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa dan AJK PIBG SMK Bandar Sunway yang dapat hadir pada hari tersebut untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.




















Tuesday, September 23, 2008

Kelas Bimbingan Murid-Murid PMR 2008

Untuk pengetahuan ibu bapa, satu kelas bimbingan bagi Tingkatan 3 sedang dijalankan oleh pihak sekolah iaitu dari pukul 12.30 - 1.30 petang.

Diharapkan para ibu bapa dapat memastikan anak-anak tuan / puan menghadiri kelas tersebut dan tiada sebarang masalah pengangkutan selepas kelas tersebut.

Kerjasama tuan/ puan bagi menjayakan program ini amatlah dihargai oleh pihak sekolah.


Jadual waktu adalah seperti di bawah :


Saturday, September 20, 2008

Program Sekolah

Untuk makluman semua, ada beberapa program penting yang akan dijalankan oleh Sekolah dan PIBG hingga hujung tahun ini.

1. Malam Amal Graduasi

Hari Graduasi untuk pelajar Tingkatan 5 akan diadakan di Dewan Budiman SMKBS pada 31 Oktober 2008. Ini adalah merupakan hari-hari terakhir sesi persekolahan sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM.

2. Medical Camp

Program yang dikendalikan oleh Biro Pendidikan Khas PIBG ini merupakan kem perubatan di mana pengunjung boleh membuat pemeriksaan perubatan oleh pegawai perubatan. Program ini akan diadakan di Dewan Budiman SMKBS dengan sokongan pihak Kumpulan Sunway. Maklumat lanjut akan diedar melalui brosur dan 'banner' di beberapa lokasi di sekitar Bandar Sunway dan kawasan yang terlibat.

Sunday, September 14, 2008

Mohd Taufit

Susulan tindakan menghubungi ADUN Seri Setia untuk bantuan bagi Mohd Taufit yang terlantar di PPUM, YB Nik Nazmi telah berkunjung melawat pelajar berkenaan serta menghulurkan sumbangan peribadi. Beliau juga telah memuatkan kisah ini di Blog beliau dan meminta dermawan membantu. Sila kunung http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=901.

Terima kasih diucapkan kepada YB. Kita harap pihak yang sudi terus memberi sumbangan kepada Mohd Taufit dan keluarga beliau terutama di saat menghadapi Hari Raya Aidilfitri nanti. Kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu baik dari segi sokongan moral, masa dan kewangan. Semoga beliau akan segera sembuh.