Tuesday, August 12, 2008

Bantuan Kecemasan

PIBG sedang berusaha membantu keluarga pelajar Mohd Taufit Adam Malik dari tingkatan 5A3 yang terlantar koma di unit rawatan rapi (ICU) PP UM akibat jangkitan kuman. Perbelanjaan ubatan kritikalperlu diberi secara harian pada kos RM 900 sehari untuk tempoh 7 hingga 10 hari. Sebarang sumbangan ikhlas boleh diberi melalui PIBG atau pihak sekolah atau terus kepada ibu bapa pelajar.

Sumbangan ikhlas amat dihargai dan diucap setinggi terima kasih.

Sunday, August 3, 2008

Terima Kasih

Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SMKBS dan ibu bapa serta penjaga yang telah menjayakan Gotong Royong Perdana 2008 pada hari Sabtu 2 Ogos 2008 yang lalu. Sambutan oleh pihak ibu bapa dan penjaga sungguh memberangsangkan dan memberi petanda sokongan yang padu kepada SMKBS dan PIBG. Semua ini adalah di atas usaha bersungguh semua pihak yang mahukan kejayaan yang terbaik juga untuk anak-anak kita.

Semoga hubungan erat antara semua pihak ini dapat diterus dan dipertingkatkan lagi di dalam aktiviti masa hadapan.

Syabas dan Tahniah Semua!