Showing posts with label pibg. Show all posts
Showing posts with label pibg. Show all posts

Saturday, September 20, 2008

Program Sekolah

Untuk makluman semua, ada beberapa program penting yang akan dijalankan oleh Sekolah dan PIBG hingga hujung tahun ini.

1. Malam Amal Graduasi

Hari Graduasi untuk pelajar Tingkatan 5 akan diadakan di Dewan Budiman SMKBS pada 31 Oktober 2008. Ini adalah merupakan hari-hari terakhir sesi persekolahan sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM.

2. Medical Camp

Program yang dikendalikan oleh Biro Pendidikan Khas PIBG ini merupakan kem perubatan di mana pengunjung boleh membuat pemeriksaan perubatan oleh pegawai perubatan. Program ini akan diadakan di Dewan Budiman SMKBS dengan sokongan pihak Kumpulan Sunway. Maklumat lanjut akan diedar melalui brosur dan 'banner' di beberapa lokasi di sekitar Bandar Sunway dan kawasan yang terlibat.

Sunday, August 3, 2008

Terima Kasih

Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SMKBS dan ibu bapa serta penjaga yang telah menjayakan Gotong Royong Perdana 2008 pada hari Sabtu 2 Ogos 2008 yang lalu. Sambutan oleh pihak ibu bapa dan penjaga sungguh memberangsangkan dan memberi petanda sokongan yang padu kepada SMKBS dan PIBG. Semua ini adalah di atas usaha bersungguh semua pihak yang mahukan kejayaan yang terbaik juga untuk anak-anak kita.

Semoga hubungan erat antara semua pihak ini dapat diterus dan dipertingkatkan lagi di dalam aktiviti masa hadapan.

Syabas dan Tahniah Semua!

Sunday, July 13, 2008

Jawatan Kuasa Bandar Selamat

Pihak Sekolah dan PIBG telah dijemput menganggotai JK Bandar Selamat di bawah kelolaan Balai Polis bandar Sunway yang diketuai oleh Chief Inspector Fazil. Antara ahli JK yang lain termasuklah wakil persatuan penduduk, rumah ibadat dan Kumpulan Sunway. Antara lain JK ini disasar untuk membantu mewujudkan persekitaran yang selamat terutamanya dari kesan jenayah terhadap penduduk Bandar Sunway. Usaha ini amat baik walaupun pelan tindakan memerlukan kesungguhan.

Di antara masalah yang ditimbuljkan ialah jenayah ragut, pecah rumah dan kecurian. Bagi pihak SMKBS, masalah utama ialah ponteng sekolah oleh pelajar dan pergaduhan. Kebanyakan ibu bapa dan penjaga mengharapkan pihak guru untuk memantau pelajar yang melepak di luar kawasan sekolah dan mengambil tindakan. Sebenarnya, guru-guru tidak mempunyai kuasa di luar kawasan sekolah. Justeru hubungan baik sekolah dan masyarakat setempat dan pasukan polis amatlah bermenafaat. Setiap aduan ke pihak sekolah akan dilanjutkan kepada Balai Polis yang akan menggunakan pasukan peronda mereka untuk cuba mengatasi masalah ini. Namun ini semua juga memerlukan kerjasama ibu bapa dan penjaga memantau pergerakan anak-anak mereka dan mengambil tahu sama ada anak-anakjagaan mereka datang ke sekolah atau pergi ke tempat lain.

Bagi pihak PIBG, segala bantuan akan dihulurkan sebaik mungkin. Malah PIBG telah lama meneyedari keperluan ini melalui pewujudan Rangkaian Sokongan Komunity (Community Support Network) sejak setahun lalu. Semoga dengan ada penglibatan pihak polis, kumpulan ini akan lebih yakin untuk menjalankan kegiatan yang luhur ini.

Hari Terbuka

Secara amnya Hari Terbuka telah selesai diadakan. Walaupun sambutan ibu bapa dan penjaga kurang menggalakkan, beberapa kelemahan atau punca kepada sambutan dingin ini telah dikenalpasti. Pihak pengurusan sekolah telah diminta untuk memperbaiki di masa depan supaya segala tindakan lebih bersepadu dan memberi pulangan yang lebih baik.

Ahli Jawatan Kuasa PIBG juga diminta untuk mempertingkatkan usaha dengan lebih hebat untuk menggalakkan ibu bapa mengambil bahagian aktiviti sekolah. Ini terutama aktiviti yang akan dijalankan di masa depan seperti gotong royong pada 2 Ogos 2008 nanti. Di samping itu satu aktiviti amal bagi mengumpul dana untuk membaik pulih kelengkapan SMKBS juga sedang dirancang untuk diadakan sebelum akhir tahun ini.

Semua usaha ini hanya akan berjaya dengan kerjasama semua. Marilah kita bersama-sama mengembeling tenaga untuk masa depan anak-anak kita.