Saturday, July 5, 2008

Hari Koperasi

Pada Hari Selasa 24 Jun 2008 saya telah dijemput merasmikan Pelancaran Hari Koperasi SMKBS 2008. Acara yang mendedahkan pelajar kepada kemahiran Keusahawanan sememangnya baik dan perlu digalakkan. Harapan saya agar guru-guru yang mengendalikan program koperasi ini dapat menurunkan ilmu mereka sebaiknya. Ini kerana dengan ilmu asas koperasi para pelajar dapat menanam di dalam diri mereka minat terhadap keusahawanan yang sememamngny amat berguna di masa depan.

Kemuncak program ini ialah Hari Koperasi di mana meja atau kaunter dijual dengan harga RM 100 kepada yang berminat untuk mempraktikkan kemahiran keusahawanan. Sambutan para pelajar dan guru amat menggalakkan. Kelab dan persatuan berlumba menjual dagangan dari makanan, minuman juga pakaian dan perhiasan. Di samping itu acara cabutan nombor bertuah yang diadakan juga menghiburkan hati. Saya berharap setiap kaunter mendapat pulangan yang baik dan lumayan. Syabas dan Tahniah kepada semua warga SMKBS terutamanya ahli jawatankuasa yang menjayakan program tersebut. Terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan sokongan serta rakan-rakan yang memberi tajaan kepada program itu.

Cadangan saya supaya penglibatan ibu bapa dapat dipertingkatkan lagi di tahun hadapan!

No comments: