Tuesday, May 20, 2008

Program LEAN Club

Sabtu yang lalu, satu Taklimat tentang Program LEAN Club telah diadakan di Dewan Budiman SMK Bandar Sunway oleh Sunway Medical Centre.

APA ITU 'LEAN CLUB'?

LEAN Club adalah satu program yang dianjurkan oleh Sunway Medical Centre untuk membantu murid yang mempunyai masalah berat badan. Satu pertiga daripada kanak-kanak di negara ini mempunyai masalah ini. Sunway Group melaksanakan program ini untuk membantu penduduk-penduduk di sekitar Bandar Sunway.

Murid yang berumur 16 tahun dan ke bawah dikenal pasti untuk menyertai program ini, Program ini mengambil masa 6 bulan. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan termasuklah kem, senaman mingguan, nasihat peribadi serta aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh pakar-pakar dari Sunway Medical Centre.

Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Sunway Group.

Lebih kurang 40 orang murid SKBS dan SMKBS hadir bersama ibu bapa dan penjaga mereka.

Taklimat ini diberikan oleh Cik Yang Wai Yew mengenai hasil kajian keadaan keadaan kesihatan remaja masa kini di seluruh dunia dan rasional 'LEAN Club' ini ditubuhkan. Beliau juga menunjukkan klip video aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2007.

Selepas taklimat, satu sesi soal jawab diadakan dan sesi temuduga antara murid dan ibu bapa mereka. Murid-murid dan ibu bapa mereka ini ditemuduga oleh 3 wakil dari Sunway Medical Centre untuk mengenal pasti peserta yang layak untuk menyertai program tersebut.

Pada masa yang sama, En. Muhammad Ghazali iaitu seorang ahli terapi sukan memberi taklimat kepada guru-guru PJPK mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah untuk membantu peserta-peserta program mencapai program mereka.

Akhir sekali, satu jamuan ringan disediakan untuk wakil-wakil dari Sunway Medical Centre.

*Perjumpaan susulan akan diadakan dari semasa ke semasa untuk memastikan program berjalan dengan lancar.

No comments: