Thursday, May 22, 2008

SELAMAT HARI GURU

Hari Guru telah disambut secara resmi pada 16 Mei2008 yang lalu di peringkat nasional. SMKBS bagaimanapun tidak dapat menyambut pada hari tersebut memandangkan ada beberapa aktiviti lain yang sedang dilaksanakan. Justeru satu majlis sambutan di SMKBS akan diadakan pada hari Jumaat 23 Mei 2008. Difahamkan beberapa acara telah diatur oleh pelajar untuk menghargai semua guru-guru SMKBS.

Bagi pihak semua ibu bapa dan penjaga pelajar SMKBS, kita mengucapkan 'SELAMAT HARI GURU' kepada semua guru-guru di SMKBS. Harapan kita agar hari tersebut membawa sinar baru dalam menyemarakkan semgant keguruan di kalangan guru-guru semua di dalam mendidik anak bangsa Malaysia tercinta. Dengan cabaran yang kian sukar, kita mengaharapkan guru-guru lebih tabah dan sabar menangani karenah anak-anak dan juga ibu bapa. Guru-guru akan berusaha lebih tekun untuk memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran ilmu formal dan informal semasa di sekolah. Guru-guru sentiasa ke hadapan untuk dicontohi pelajar dari segi jati diri, nilai hidup yang cemerlang dan usaha yang tidakjemu tanpa menegnal penat dan lelah. Semoga setiap titik peluh guru-guru adalah hasil keikhlasan usaha yang menjadi doa pelajar terhadap gurunya untuk sentiasa terpelihara menjalani hidup seharian.

Kepada pelajar semua, hormatilah guru-guru dan hargai segala ilmu dan tunjuk ajar serta bimbingan supaya semuanya itu menjadi doa yang berkat dari guru-guru.

Kepada ibu bapa, marilah kita terus membantu guru-guru merealisasikan aspirasi anak-anak kita dan harapan kita semua untuk masa depan anak-anak yang gemilang. Anggaplah kehadiran guru-guru di dalam kehidupan anak-anak kita sebagai menampung ruang yang tidak dapat kita tampal dengan menghulur tangan untuk sama-sama menjinjing yang ringan dan mengendong yang berat!

Terima kasih, Syabas dan terus maju jaya untuk guru-guru SMK Bandar Sunway.

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi cikgu dibawa mati

No comments: